Pergi ke kandungan

Azrel Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azrel Ismail
عزريل اسماعيل
Kelahiran
Azrel bin Ismail

(1984-01-16) 16 Januari 1984 (umur 42)
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanKolej Taylor, Kampus Rasmi Sydney[1]
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2008–kini
Karya
Filemografi
Ketinggian5 ft 7 in (1.7 m)
IbuMat Som
BapaIsmail bin Shafie
KeluargaNajib bin Ismail (abang)

Azrel Ismail (lahir 16 Januari 1984) ialah seorang pelakon, pengacara dan model lelaki Malaysia. Beliau pernah menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin pada tahun 2008/2009. Selain itu wajahnya juga seiras dengan pelakon terkenal, Remy Ishak.[2][3]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 16 Januari 1984 di Taiping, Perak kepada pasangan Ismail bin Shafie dan Mat Som. Beliau mempunyai seorang abang yang bernama Najib Ismail. Beliau merupakan pelajar di Kolej Taylor, Kampus Rasmi Sydney di Sydney, Australia.[4]

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2011, pada usia 27 tahun; dua tahun selepas menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin 2008/2009 yang turut disertai oleh Mustaqim Bahadon. Penampilan pertamanya di televisyen ialah menerusi drama seram, Santau Merasuk, kemudian diikuti oleh watak sampingan sebagai Dr. Hakimi dalam drama romantik Cinta Buat Emelda.

Azrel kemudian melakonkan peranan sampingan dalam filem aksi 8 Jam arahan Ahmad Idham lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Setahun berikutnya, beliau menjadi pelakon undangan dalam salah satu episod siri televisyen keislaman, Zikir Hati, "Dendam" yang bersiaran pada bulan puasa Ramadhan di TV3,

Beliau mendapat penghargaan meluas dalam kerjaya lakonan menerusi gandingannya bersama Janna Nick dalam siri drama Syurga Nur untuk siaran di Slot Akasia TV3, memegang watak sebagai Dr. Haris. Azrel kemudian berlakon di samping Adi Putra dan Diana Danielle dalam filem drama epik Hanyut arahan U-Wei Hj Saari, berdasarkan daripada novel Almayer’s Folly karya Joseph Conrad.[5]

Azrel digandingkan bersama Ruhainies dalam drama komedi romantik, Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Kemudian beliau digandingkan bersama Raysha Rizrose dalam Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, turut berlakon ialah Idris Khan.

Beliau memegang watak sebagai Omar dalam filem drama sejarah Pulang arahan Kabir Bhatia, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018.[6]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016
Anugerah MeleTOP Era ke-3
Artis Baharu MeleTOP Tercalon
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-4
Aktor Pilihan Menantu Ting Tong Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Ruhainies) Tercalon
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
  1. ^ Tinta Di Jemariku (30 September 2015). Biodata Azrel Ismail Diarkibkan 2017-02-28 di Wayback Machine 28 Februari 2017.
  2. ^ Azrel Ismail akui sukar kekalkan nama dalam bidang hiburan Astro Awani (30 Julai 2018). Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (9 Januari 2018). Terima tawaran ikut kemampuan Harian Metro. Diperoleh pada 13 Ogos 2018.
  4. ^ Zaidi Mohamad (26 Julai 2018). Saya pelakon tak ada kontroversi: Azrel Ismail Berita Harian. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  5. ^ Israr Khalid (13 October 2016). "Hanyut akhirnya sangkut". Astro Awani. Astro Awani Network Sdn. Bhd. Dicapai pada 21 October 2016.
  6. ^ Fatin Farhana Ariffin (28 April 2018). Pulang mampu angkat martabat filem tempatan Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]