Pergi ke kandungan

Ginkgo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ginkgo
Julat zaman: Jurasik Pertengahan – Kini
Ginkgo biloba Eosen, McAbee, British Columbia, Kanada
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Gimnosperma
Divisi: Ginkgophyta
Kelas: Ginkgoopsida
Order: Ginkgoales
Keluarga: Ginkgoaceae
Genus: Ginkgo
L. [1]
Spesies jenis
Ginkgo biloba
Spesies
Sinonim [2]

Salisburia Sm.

Ginkgo ialah satu-satu genus yang yang masih hidup dalam keluarga tumbuhan Ginkgoaceae. Spesies tunggalnya Ginkgo biloba hanya ditemui di hutan-hutan liar tanah besar China, tetapi ditanam di seluruh dunia.[1] Hubungan antara ginkgo dan kumpulan tumbuhan lain tidak diselesaikan sepenuhnya.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama genus ini diberikan Engelbert Kaempfer, seorang ahli botani Jerman, dalam bukunya Amoenitatum Exoticarum; ia dijejak daripada perumian nama ginkyō (銀杏) dalam bahasa Jepun dengan huruf Y kecil yang disalah tulis menjadi huruf G kecil.[3]:1-3 Nama ginkyō mula muncul dalam kamus Kinmō Zu'i (訓蒙図彙) yang disunting Tekisai Nakamura, seorang pakar herba, pada tahun 1666 dengan kana awal: ぎんきやうginkyau. Ia diserap daripada sebutan bertulis perkataan bahasa Cina 銀杏 (pinyin: yínxìng).[3]:2-3, 5

Setakat Februari 2013, kajian filogenetik molekul telah menghasilkan sekurang-kurangnya enam kedudukan Ginkgo yang berbeza berbanding sikad, konifer, Gnetophyta dan angiosperma. Dua kedudukan paling biasa ialah Ginkgo ialah saudara kepada klad yang terdiri daripada konifer dan Gnetophyta, dan Ginkgo dan sikad membentuk klad dalam gimnosperma. Satu kajian 2013 meneliti sebab-sebab keputusan yang berbeza dan membuat kesimpulan bahawa sokongan terbaik ialah monofili daripada Ginkgo dan sikad.[4]

  1. ^ a b "Ginkgo L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2025. Dicapai pada 30 September 2025.
  2. ^ "Genus: Ginkgo L." Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2008. Dicapai pada June 8, 2013.
  3. ^ a b Michel, Wolfgang (2011) [2005]. "On Engelbert Kaempfer's 'Ginkgo'" (PDF). Fukuoka: Universiti Kyushu. m/s. 1–5.
  4. ^ Wu et al. (2013)