Julius Chan
Sir Julius Chan | |
|---|---|
Chan pada 1981 | |
| Perdana Menteri Papua New Guinea | |
| Dalam jawatan 2 Jun 1997 – 22 Julai 1997 | |
| Raja | Elizabeth II |
| Wiwa Korowi | |
| Didahului oleh | John Giheno |
| Digantikan oleh | Bill Skate |
| Dalam jawatan 30 Ogos 1994 – 27 Mac 1997 | |
| Raja | Elizabeth II |
| Wiwa Korowi | |
| Didahului oleh | Paias Wingti |
| Digantikan oleh | John Giheno |
| Dalam jawatan 11 Mac 1980 – 2 Ogos 1982 | |
| Raja | Elizabeth II |
| Tore Lokoloko | |
| Didahului oleh | Michael Somare |
| Digantikan oleh | Michael Somare |
| Gabenor ke-4 New Ireland | |
| Dalam jawatan 6 Ogos 2007 – 30 Januari 2025 | |
| Raja | Elizabeth II Charles III |
| Didahului oleh | Ian Ling-Stuckey |
| Digantikan oleh | Walter Schnaubelt |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 29 Ogos 1939 Tanga Islands, Territory of New Guinea |
| Meninggal dunia | 30 Januari 2025 (umur 85) Huris, New Ireland Province, Papua New Guinea |
| Parti politik | People's Progress Party |
| Pasangan | Stella Chan (k. 1966) |
| Anak | 4, termasuk Byron |
Sir Julius Chan (29 Ogos 1939 - 30 Januari 2025) ialah seorang ahli politik Papua New Guinea yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Papua New Guinea dari 1980 hingga 1982 dan dari 1994 hingga 1997. Chan juga menjawat sebagai Gabenor Ireland Baharu dari 2007 hingga kematiannya pada 2025. Dia juga seorang tokoh penting di negaranya semasa konflik separatis Bougainville.[1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Chan dilahirkan di Kepulauan Tanga, New Ireland, Papua New Guinea kepada pasangan Chan Pak (陳柏), perantau berasal dari Guangdong, China, dan Miriam Tinkoris, wanita tempatan New Ireland.[2] Beliau berpendidikan di Marist College Ashgrove di Brisbane, Australia dan mendapat kepakaran dalam tadbir urus dan pengurusan ekonomi[3]
Kerjaya politik awal
[sunting | sunting sumber]Chan bermula kerjaya politiknya di hujung tahun 1960-an yang mana beliau dipilih sebagai ahli House of Assembly, Territory of New Guinea bagi kawasan Namatanai.[4]
Beliau menubuhkan People's Progress Party (PPP) bersama Warren Dutton pada 11 November 1969.[5]
Sepanjang 1970-an hingga 1990-an, Chan memegang pelbagai jawatan utama:
• Menteri Kewangan (1976, 1985, 1986, 1992-1994)
• Timbalan Perdana Menteri (1972-1977; 1985-1986; 1992-1994)
• Menteri Perdangangan dan Hal Ehwal Luar
Sebagai Menteri Kewangan, beliau mengetuai pembentukan Bank of Papua New Guinea dan juga pembentukan mata wang negara, Kina.[3]
Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]Penggal Pertama (1980-1982)
[sunting | sunting sumber]Chan menjadi Perdana Menteri Papua New Guinea pada Mac 1980 selepas undi tidak percaya terhadap Michael Somare. Pemerintahannya memberi tumpuan kepada dasar ekonomi dan pentadbiran awam, namun penggal pertamanya berakhir selepas beliau tewas dalam undi tidak percaya pada 1982.
Penggal Kedua (1994-1997)
[sunting | sunting sumber]Chan kembali menjadi Perdana Menteri pada Ogos 1994. Penggal ini banyak dipengaruhi oleh usaha kerajaan menangani konflik pemisah di Bougainville. Pada 1997, pentadbirannya mencetuskan kontroversi melalui Sandline Affair, iaitu rancangan mengupah tentera luar untuk membantu operasi ketenteraan di Bouganville. Rancangan tersebut mencetuskan bantahan oleh tentera dan rakyat, menyebabkan ketegangan politik yang berlarutan. Krisis ini akhirnya memaksa Chan meletakkan jawatan pada Mac 1997, lalu digantikan oleh John Giheno sebagai Perdana Menteri sementara.
Kerjaya selepas Perdana Menteri
[sunting | sunting sumber]Chan, yang masih kekal aktif dalam politik, memenangi pilihan raya umum pada 2007 untuk mendapat kerusi dan dilantik sebagai Gabenor New Ireland, jawatan yang disandangya selama lima penggal berturut-turut.
Pada 2015, beliau menerbitkan memoir berjudul Playing the Game, yang merakamkan perjalanan hidup dan penglibatannya dalam politik Papua New Guinea.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ McCormack, Tim (17 February 2009). "The 'Sandline Affair': Papua New Guinea Resorts to Mercenarism to End the Bougainville Conflict". Yearbook of International Humanitarian Law. Cambridge University Press.
- ^ "Rare audio of the late Sir Julius Chan reflecting on his Chinese heritage". ABC Pacific (dalam bahasa Inggeris). 2025-02-05.
- ^ a b National, The (2025-11-17). "Family confirms passing of Sir Julius; PM extends condolences | The National" (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Les Johnson (PDF).
- ^ PNG POLITICAL PARTIES' (PDF).
- ^ "Playing the Game: Life and Politics in Papua New Guinea: Chan, Julius: 9780702253973: Amazon.com: Books". www.amazon.com (dalam bahasa Inggeris).