Pergi ke kandungan

Operasi Spring Awakening

Koordinat: 46°59′N 18°21′E / 46.983°N 18.350°E / 46.983; 18.350
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Operasi Spring Awakening
(Operasi Kebangkitan Musim Bunga)
Sebahagian daripada Perbatasan Timur Perang Dunia Kedua

Kemaraan tentera Jerman semasa operasi
Tarikh6–15 Mac 1945
Lokasi46°59′N 18°21′E / 46.983°N 18.350°E / 46.983; 18.350
Keputusan Kemenangan pihak Bersekutu
Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi
Hungary
 Kesatuan Soviet
Bulgaria
Partisan Yugoslavia
Komandan dan pemimpin

Otto Wöhler

Max von Weichs

Fyodor Tolbukhin

Unit terlibat

Kumpulan Tentera Darat Selatan:

Kumpulan Tentera Darat F:

Barisan Ke-3 Ukraine:

Barisan Ke-2 Ukraine:

Kekuatan

5 Mac (untuk penyerangan):

  • 25 divisyen
  • 260,000 askar (maksimum)
  • 650 kereta kebal (376 beroperasi)
  • 3,200 meriam serbuan dan mortar
  • 850 pesawat (keseluruhan Luftflotte 4 bagi Kumpulan Tentera Darat Selatan)

5 Mac:

  • 37 divisyen (tidak termasuk tentera udara dan Tentera Ke-3 Yugoslavia)
  • 465,000 askar
  • 407 kereta kebal (398 beroperasi)
  • 6,597 meriam serbuan dan mortar
  • 293 pelancar roket
  • 965 pesawat (Ketumbukan Udara Ke-17 – hanya untuk Barisan Ke-3 Ukraine)
Kerugian dan korban

Penyerangan Jerman (6–15 Mac 1945):

  • Kumpulan Tentera Darat Selatan: 12,358 orang terbunuh
  • 31 kenderaan berperisai musnah
  • 1 APC musnah

Penyerangan balas Soviet (16 Mac–15 April 1945):

  • 30,000 terbunuh
  • 125,000 ditawan
  • 1,345 kereta kebal/meriam serbuan musnah
  • 2,250 meriam dan mortar hilang
  • 446 kenderaan perisai
  • Lebih 200 pesawat udara

Penyerangan Jerman (6–15 Mac 1945):

  • 32,899 askar
  • 8,492 terbunuh atau hilang
  • 24,407 cedera & sakit
  • 152 kenderaan berperisai musnah
  • 415 meriam antikereta kebal musnah

Penyerangan balas Soviet (16 Mac–15 April 1945):

  • 38,661 terbunuh
  • 129,279 cedera & sakit
  • 167,940 jumlah keseluruhan (termasuk sekitar 135,000 korban tempur)

Korban Bulgaria:

  • 9,805 orang
  • 2,698 terbunuh
  • 7,017 cedera & sakit


Operasi Spring Awakening (Jerman: Unternehmen Frühlingserwachen) merupakan penyerangan besar terakhir oleh Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Operasi ini dikenali di Jerman sebagai Penyerangan Plattensee, manakala di Kesatuan Soviet sebagai Operasi Pertahanan Balaton. Ia berlangsung di Hungary Barat dalam Perbatasan Timur dari 6 Mac hingga 15 Mac 1945. Tujuannya adalah untuk menguasai simpanan minyak terakhir yang masih tinggal bagi Kuasa Paksi di Eropah dan menghalang kemaraan Tentera Merah ke arah Vienna. Namun, Jerman gagal mencapai matlamat mereka.

Operasi ini, yang pada asalnya dirancang untuk dilancarkan pada 5 Mac, bermula setelah unit-unit Jerman dipindahkan secara rahsia ke kawasan sekitar Tasik Balaton (Plattensee). Banyak unit penting terlibat, termasuk Tentera Darat Ke-6 Panzer serta divisyen-divisyen bawahan Waffen-SS yang sebelum ini ditarik balik dari penyerangan gagal di Ardennes di Barat. Jerman melancarkan serangan dalam tiga arah: Frühlingserwachen di kawasan Balaton–Tasik VelenceDanube, Eisbrecher di selatan Tasik Balaton dan Waldteufel di selatan segitiga Drava–Danube. Kemaraan mereka terhenti pada 15 Mac, dan pada 16 Mac, Tentera Merah serta sekutu mereka memulakan Penyerangan Vienna yang telah tertangguh.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Memorial Soviet pada masa kini di Székesfehérvár

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Maksim, Aleksei; Kolomiets, Isaev (2014). Tomb of the Panzerwaffe The Defeat of the 6th SS Panzer Army in Hungary 1945. Moscow: Helion & Company. ISBN 978-1-909982-16-1.
  • Dollinger, Hans (1967) [1965]. The Decline and Fall of Nazi Germany and Imperial Japan. New York: Bonanza. ISBN 978-0-517-01313-7.
  • Duffy, Christopher (2002). Red Storm on the Reich: The Soviet March on Germany, 1945. Edison, NJ: Castle Books. ISBN 0-7858-1624-0.
  • Frieser, Karl-Heinz; Schmider, Klaus; Schönherr, Klaus; Schreiber, Gerhard; Ungváry, Kristián; Wegner, Bernd (2007). Die Ostfront 1943/44 – Der Krieg im Osten und an den Nebenfronten [The Eastern Front 1943–1944: The War in the East and on the Neighbouring Fronts]. Das Deutsche Reich und der Zweite Weltkrieg [Germany and the Second World War] (dalam bahasa Jerman). VIII. München: Deutsche Verlags-Anstalt. ISBN 978-3-421-06235-2.
  • Fritz, Stephen (2011). Ostkrieg: Hitler's War of Extermination in the East. Lexington: The University Press of Kentucky. ISBN 978-0-81313-416-1.
  • Glantz, David M.; House, Jonathan (1995). When Titans Clashed: How the Red Army Stopped Hitler. Lawrence, Kansas: Kansas University Press. ISBN 0-7006-0717-X.
  • Horváth, Gábor (2013). Bostonok a Magyar Égen és Földben 1944–1945. Szolnok: [sumber terbitan sendiri].
  • Maier, Georg (2004). Drama Between Budapest and Vienna. J.J. Fedorowicz Publishing, Inc. ISBN 0-921991-78-9.
  • Seaton, Albert (1971). The Russo-German War, 1941–45. New York: Praeger Publishers. ISBN 978-0-21376-478-4.
  • Stein, George H. (1984). The Waffen SS: Hitler's Elite Guard at War, 1939–1945. Ithaca, NY: Cornell University Press. ISBN 0-8014-9275-0.
  • Számvéber, Norbert (2013). Kárd a Pajzs Mögött – A "Konrád" hadműveletek tőrténete, 1945 2.bővitett kiadás. Budapest: PeKo Publishing. ISBN 978-963-89623-7-9.
  • Számvéber, Norbert (2017). Páncélosok a Dunantulon – Az Utolsó Páncélosütközetek Magyarországon 1945 Tavaszán. Budapest: PeKo Publishing. ISBN 978-963-454-083-0.
  • Ziemke, Earl F. (1968). Stalingrad to Berlin: The German Defeat in the East. Washington: Office of the Chief of Military History – U.S. Army. ASIN B002E5VBSE.

Templat:Wars and battles involving Serbs