Pergi ke kandungan

Primeworks Studios

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Primeworks Studios Sdn Bhd
Nama dahuluGrand Brilliance Sdn Bhd
(9 Disember 1993 – 8 Ogos 2008)
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriHiburan, Media
GenreMedia
Ditubuhkan
  • 9 Disember 1993; 32 tahun yang lalu (1993-12-09)
    (sebagai Grand Brilliance)
  • 8 Ogos 2008; 17 tahun yang lalu (2008-08-08)
    (sebagai Primeworks Studios)
Ibu pejabatBalai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingNini Yusof
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios
KeluaranTelevisyen, filem
JenamaGrand Brilliance (dihentikan)
Syarikat indukMedia Prima
PembahagianPrimeworks Distribution Sdn. Bhd.
Tapak webwww.primeworks.com.my

X: helloprimeworks Instagram: primeworks.studios Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Logo lama Primeworks Studios (8 Ogos 2008 - Januari 2014).

Primeworks Studios Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Grand Brilliance Sdn Bhd) ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran rancangan televisyen Malaysia dan penyedia kandungan milik penuh konglomerat media Media Prima.[1] Syarikat ini bertanggungjawab membekalkan kandungan kreatif untuk rangkaian televisyen Media Prima, iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Primeworks bukan sahaja menerbitkan rancangan TV untuk Media Prima, bahkan turut membekalkan kandungan untuk RTM dan Astro, di samping mengeksport rancangan buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa dan menjalin hubungan strategik dengan pengedar TV antarabangsa.[2]

Biarpun mula menerbitkan rancangan televisyen seawal pada 2008 (yang dikenali sebagai Grand Brilliance), Primeworks hanya mengenalpasti diri mereka sendiri pada 2019 untuk dibezakan daripada satu lagi anak syarikat Media Prima, Grand Brilliance Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 8 Ogos 2008.[3] Syarikat itu bergabung dengan satu lagi anak syarikat Media Prima, Grand Brilliance pada tahun 2008 untuk membentuk syarikat pelesenan, penerbitan dan pengedaran baharu di bawah nama Primeworks Studios.

Rancangan televisyen terbitan

[sunting | sunting sumber]

Siri televisyen terbitan

[sunting | sunting sumber]

Filem Terbitan dan Edaran Primeworks Studios

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan filem di bawah terbitan atau edaran Primeworks Studios. Setakat ini, hanya Ejen Ali: The Movie mendapat kutipan lebih RM30 juta (RM30.05 juta tempatan / RM32.5 juta tempatan dan antarabangsa) diikuti oleh BoBoiBoy: The Movie (RM15.8 juta tempatan / RM20 juta antarabangsa dan tempatan) dan Sangkar (RM12 juta) menjadikan hanya 3 filem di bawah Primeworks mendapat kutipan lebih RM10 juta. Kebanyakkan filem di bawah Primeworks bekerjasama dengan Grand Brilliance sehingga tahun 2018 di mana GB tidak lagi aktif dalam pengedaran dan pembuatan filem. Kebanyakkan filem mereka juga kurang mendapat sambutan memuaskan.

Pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Primeworks Studio mencipta sejarah tersendiri apabila 3 filem terbitan Primeworks memenangi 8 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-31. Filem-filem tersebut ialah filem Sangkar dengan 5 anugerah (Pengarah Terbaik - Kabir Bhatia, Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Remy Ishak, Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan dan Tatarias Terbaik - Ella Sandera), Ejen Ali: The Movie dengan 2 anugerah (Box Office dan Penataan Bunyi Terbaik - Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa) dan WIRA dengan 1 anugerah (Pelakon Wanita Harapan - Fify Azmi)[5].

Perkembangan Perniagaan

[sunting | sunting sumber]

Selain daripada menerbit dan mengedar filem Malaysia, Primeworks juga mengedar filem antarabangsa yang lain.

Filem terbitan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Pengarah Genre Pulangan kasar Penerbit
1995 Sembilu 2 Yusof Haslam Romantik, Drama Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Jimi Asmara Erma Fatima Drama, Muzikal, Romantik Dengan kerjasama Grand Brilliance
Amok Adman Salleh Drama, Thriller, Psikologi Dengan kerjasama Nizaman dan Grand Brilliance
Sayang Salmah Mahadi J. Murat Romantik Dengan kerjasama Perkasa Filem dan Grand Brilliance
Kad Cinta Julie Dahlan Komedi, Romantik Dengan kerjasama JD Productions dan Grand Brilliance
Bisikan Cinta Sahib Selamat Komedi, Romantik Dengan kerjasama Grand Brilliance
XX Ray II Aziz M. Osman Pengembaraan, Cereka Sains Dengan kerjasama Nizaman dan Grand Brilliance
1996 Lurah Dendam Raja Ahmad Alauddin Aksi, Pengembaraan Dengan kerjasama Grand Brilliance
Cinta Metropolitan Zulkifli M. Osman Aksi, Romantik Dengan kerjasama JD Productions dan Grand Brilliance
Sutera Putih Rashid Sidek Romantik, Drama Dengan kerjasama Azmah Advertising dan Grand Brilliance
Maria Mariana Yusof Haslam Aksi, Drama Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
1997 Puteri Impian Aziz M. Osman Komedi, Romantik Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Paradigm Film
Gemerlapan Abdul Razak Mohaideen Muzikal, Drama Dengan kerjasama Grand Brilliance
Baginda Aziz M. Osman Komedi, Drama Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Paradigm Film
Azam Z. Lokman Aksi, Drama Dengan kerjasama Grand Brilliance
Sate Z. Lokman Komedi, Romantik Dengan kerjasama Grand Brilliance
1998 Penyair Malam Kamal Ishak Komedi Dengan kerjasama Grand Brilliance
Maria Mariana 2 Yusof Haslam Aksi, Drama Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Jibon Nahar Akhbar Khan Drama, Keluarga Dengan kerjasama Grand Brilliance
Puteri Impian 2 Aziz M. Osman Komedi, Romantik Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Paradigm Film
Badai Mantera Zulkifli M. Osman Aksi, Pengembaraan Dengan kerjasama Grand Brilliance
1999 Perempuan Melayu Terakhir Erma Fatima Romantik, Drama Dengan kerjasama Grand Brilliance
Bara Yusof Haslam Aksi, Romantik Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Senario The Movie Aziz M. Osman Komedi Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Paradigm Film
Burung Besi Bade Hj. Azmi Aksi, Komedi Dengan kerjasama Grand Brilliance
KLU Ricky Uy Komedi, Romantik Dengan kerjasama Grand Brilliance
2000 Pasrah Yusof Haslam Komedi, Romantik Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Senario Lagi Aziz M. Osman Komedi Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Paradigm Film
2001 Seri Dewi Malam Aziz M. Osman Romantik, Fantasi Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Paradigm Film
Lagi-Lagi Senario Aziz M. Osman Komedi, Keluarga Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Paradigm Film
2002 Anak Mami The Movie Abdul Razak Mohaideen Komedi, Keluarga Dengan kerjasama Grand Brilliance
2003 Rabun Allahyarham Yasmin Ahmad Drama Dengan kerjasama Grand Brilliance dan MHz Films
Lang Buana Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Sejarah Dengan kerjasama Grand Brilliance
2004 Buli Dato' Afdlin Shauki Komedi, Drama Dengan kerjasama Grand Brilliance
7 Perhentian Abdul Razak Mohaideen Seram, Misteri Dengan kerjasama Metrowealth Pictures, MIG Beats dan Grand Brilliance
I Know What You Did Last Raya Abdul Razak Mohaideen Komedi, Seram Dengan kerjasama Grand Brilliance
Tangkai Jering Abdul Razak Mohaideen Komedi, Romantik Dengan kerjasama Metrowealth Pictures dan Grand Brilliance
2005 Potret Mistik Abdul Razak Mohaideen Seram, Misteri Dengan kerjasama Metrowealth Pictures dan Grand Brilliance
Senario XX Aziz M. Osman Komedi, Cereka Sains, Fiksyen, Fantasi Dengan kerjasama Grand Brilliance
Salon Woo Ming Jin Komedi, Romantik Dengan kerjasama Alternate Studio dan Grand Brilliance
Rock Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Muzikal Dengan kerjasama Grand Brilliance
2006 Buli Balik Dato' Afdlin Shauki Komedi, Drama Dengan kerjasama Grand Brilliance, Vision Works dan Tall Order Productions
Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita Aziz M. Osman Komedi, Pengembaraan Dengan kerjasama Grand Brilliance
Gong Sandosh Kesavan Seram Dengan kerjasama Grand Brilliance
Nana Tanjung Abdul Razak Mohaideen Komedi, Romantik Dengan kerjasama NAJ Productions, Lineclear Motion Pictures dan Grand Brilliance
Cinta Kabir Bhatia Romantik, Drama Dengan kerjasama Alternate Studio dan Grand Brilliance
2007 Mukhsin Allahyarham Yasmin Ahmad Drama Dengan kerjasama Grand Brilliance
Waris Jari Hantu Shuhaimi Baba Seram, Romantik Dengan kerjasama Pesona Pictures dan Grand Brilliance
Otai Abdul Razak Mohaideen Komedi, Romantik RM3.473 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Linclear Motion Pictures
Nana Tanjung 2 Abdul Razak Mohaideen Komedi, Romantik RM2.208 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Linclear Motion Pictures
2008 Dunia Baru The Movie M. Hitler Zaimi Komedi, Pengembaraan Dengan kerjasama Grand Brilliance
Duyung Abdul Razak Mohaideen Komedi, Romantik, Fantasi Dengan kerjasama KRU Films, Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures
Evolusi KL Drift Syamsul Yusof Aksi RM3.9 juta Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Sepi Kabir Bhatia Romantik, Drama, Antologi Dengan kerjasama Alternate Studio dan Grand Brilliance
Susuk Amir Muhammad dan Naeim Ghalili Seram, Misteri, Thriller Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Monsoon Pictures
KAMI The Movie Effendee Mazlan dan Fariza Alina Isahak Drama Dengan kerjasama Redfilms dan Grand Brilliance
Budak Kelantan Wan Azli Wan Jusoh Drama Dengan kerjasama Alternate Studio dan Grand Brilliance
Antoofighter: Amukan Drakulat! Azizi Chunk Adnan Aksi, Komedi, Thriller Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Image Box
Cicakman 2: Planet Hitam Yusry KRU Aksi, Cereka Sains, Komedi, Adiwira Dengan kerjasama KRU Studios dan Grand Brilliance
2009 Sifu & Tongga Abdul Razak Mohaideen Komedi Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures
Rasukan Ablasa Abdul Razak Mohaideen Seram Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures
Talentime Allahyarhamah Yasmin Ahmad Drama RM0.42 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Chilli Pepper Films
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Syamsul Yusof Aksi Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Skrip 7707 Abdul Razak Mohaideen Seram Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures
Pisau Cukur Bernard Chauly Komedi, Misteri, Romantik RM2.32 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Redfilms
2010 2 Hati 1 Jiwa Abdul Razak Mohaideen Drama, Keluarga Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures
Evolusi KL Drift 2 Syamsul Yusof Aksi RM5.5 juta Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Hooperz Rosihan Zain Komedi, Sukan Dengan kerjasama Grand Brilliance, MHz Films dan KL Motion Pictures
4 Madu Prof Dato' A. Razak Mohaideen Komedi, Keluarga Dengan kerjasama Grand Brilliance, Berjaya Film Production dan Lineclear Motion Pictures
Aku Tak Bodoh Boris Boo Komedi, Keluarga Dengan kerjasama Grand Brilliance, Asia Media Content, J Team Productions, PMP Entertainment dan RAM Entertainment
Janin M. Hitler Zaimi Drama, Seram, Thriller Dengan kerjasama Grand Brilliance
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Syamsul Yusof Seram RM8.08 juta Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Penunggu Istana Wan Hasliza Wan Zainuddin Seram, Misteri, Thriller RM0.89 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
Nur Kasih: The Movie Kabir Bhatia Drama, Romantik RM4.93 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance, Juita Viden dan Filmscape
Raya Tak Jadi! Prof Dato' A. Razak Mohaideen Komedi, Keluarga RM3.64 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures
Klip 3GP Aidilfitri Mohamed Yunos Thriller, Seram, Misteri RM1.14 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
Songlap Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak Aksi, Drama RM2.13 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Redfilms
2012 Sesuatu Yang Tertinggal Asrulhisyam Ahmad Seram RM0.69 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
Chow Kit Rosihan Zain dan Brandon Lee Aksi RM0.45 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures
Jalan Kembali: Bohsia 2 Syamsul Yusof Aksi Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Ngorat Abdul Razak Mohaideen Komedi, Romantik RM0.37 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
Istanbul Aku Datang! Bernard Chauly Komedi, Romantik RM3.58 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Redfilms
2013 Rock Oo! Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Drama, Muzikal Dengan kerjasama Grand Brilliance
Sembunyi: Amukan Azazil Kabir Bhatia Seram Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Filmscape
Bisikan Syaitan Faizul A. Rashid Seram Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures
KIL Nik Amir Mustapha Misteri, Drama, Psikologi Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Flux Visual Lab
Pecah Asrulhisyam Ahmad Aksi Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures
KL Zombi Woo Ming Jin Seram, Komedi Dengan kerjasama Grand Brilliance
KL Gangster 2 Syamsul Yusof Aksi Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Balada Pencinta Khir Rahman Drama, Romantik RM0.27 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
Penanggal Ellie Suriaty Seram Dengan kerjasama Astro Shaw, Grand Brilliance dan Tayangan Unggul
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Osman Ali Komedi, Romantik Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Nuansa
Mamak Cupcake Woo Ming Jin Komedi RM812 ribu Dengan kerjasama Grand Brilliance
Anak Jantan Faizul A. Rashid Aksi RM624,945 Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures
Gila Baby Kabir Bhatia Aksi, Komedi RM458 ribu Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Filmscape
2015 Cicakman 3 Yusry KRU dan Ghaz Abu Bakar Aksi, Komedi, Aidwira Produksi utama ialah KRU Studios, Grand Brilliance dan Astro Shaw manakala Primeworks dilantik sebagai pengedar bersama TGV Pictures
Girlfriend Kontrak Virginia Kennedy Komedi, Romantik Dengan kerjasama Grand Brilliance
Rembat Shamyl Othman Aksi, Komedi Dengan kerjasama Marna Films, Grand Brilliance dan Redfilms
Love, Supermoon Wan Hasliza Wan Zainuddin Komedi, Romantik Dengan kerjasama Grand Brilliance
2016 Showdown The Movie Khairil M. Bahar Drama, Muzikal Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures
Pekak Kroll Azry Drama, Thriller Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures
Rock Bro! Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Muzikal Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Enjit Enjit Semut
2017 J Revolusi Zulkranain Azhar Aksi RM7 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Infinitus Productions
Lebuhraya Ke Neraka Allahyarham Mamat Khalid Drama, Seram, Thriller RM530 ribu Dengan kerjasama Grand Brilliance
Kau Takdirku Jason Chong Drama, Romatik Dengan kerjasama Grand Brilliance
2018 Pulang Kabir Bhatia Drama, Biografi RM2.3 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
7ujuh Raja Mukhriz Seram RM1 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
2019 Sangkar Kabir Bhatia Drama, Aksi RM12 juta Dengan kerjasama MM2 Entertaiment, Astro Shaw dan Infinitus Gold
Wira Adrian Teh Aksi RM7.6 juta Produksi utama ialah Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw, manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar
Ejen Ali: The Movie Usamah Zaid Yasin Animasi, Aksi, Cereka sains RM30.05 juta Dengan kerjasama WAU Animation
2020 Rock 4: Rockers Never Dai Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Muzikal RM2 juta Dengan kerjasama Enjit Enjit Semut
2021 J2: J Retribusi Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah Aksi Ditayangkan di Disney+ Hotstar Produksi utama ialah TGV Pictures, Sunstrong Entertainment dan Infinitus Gold, manakala Disney+ Hotstar dilantik sebagai pengedar
Dendam Penunggu Faizul Jais Seram Ditayngkan di tonton CINEMA Produksi utama ialah Primeworks dan Parallax Pictures, manakala tonton CINEMA dilantik sebagai pengedar
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Allahyarham Pitt Hanif Aksi RM5 juta Dengan kerjasama Arie Zaharie Production, Flying Deal dan Metrowealth Pictures
2024 Anak Perjanjian Syaitan 2 Dr. Ahmad Idham Seram RM3.5 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance Studio
Saka Perawan Dr. Ahmad Idham Seram, Komedi Dengan kerjasama Grand Brilliance Studio
Pontianak 200kg Shuhaimi Lua Seram, Komedi Dengan kerjasama Metrowealth Pictures
Reeza GTR Dr. Ahmad Idham Aksi, Komedi Dengan kerjasama Grand Brilliance Studio
2025 Blood Brothers: Bara Naga Abhilash Chandra dan Syafiq Yusof Aksi, Jenayah Dengan kerjasama Skop Productions, Enotech, Komet Productions, M Republic dan D'Ayu Pictures
6 Jilake Aziz M. Osman Aksi, Komedi Dengan kerjasama Eartistic Entertainment dan Grand Brilliance Studio
Ejen Ali: The Movie 2 Usamah Zaid Yasin Animasi, Aksi, Cereka sains Dengan kerjasama WAU Animation
Duyung: Legenda Aurora Abdul Razak Mohaideen Komedi, Fantasi Dengan kerjasama KRU Studios dan 8 Bit Studio
2026 Susuk Bidadari Firdaus Nadxaman Seram Dengan kerjasama Anomali Media
Satu Feroz Kader Seram, Ngeri Dengan kerjasama FJ Pictures
The Original Gangster Syamsul Yusof Aksi, Gangster, Drama, Jenayah, Ngeri Dengan kerjasama President Productions dan Razor's Edge Pictures
Akan diumumkan Dendam Dari Pusara Adrian Teh Seram Produksi utama ialah Gambar Tanah Licin, ACT 2 Pictures, Clover Films dan Golden Screen Cinemas manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar
Nur Shahrulezad Mohameddin Drama, Agama Produksi utama ialah Radius One, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan Asia Tropical Films manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar
Senario The Legend Liew Seng Tat Komedi Dengan kerjasama Da Huang Pictures

Filem edaran

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Pengarah Genre Pulangan kasar Penerbit
2011 Abuya Imran Haji Ismail Drama Produksi utama ialah Million Euphoria Production dan Northstar Acres manakala Grand Brilliance dilantik sebagai pengedar bersama dengan Primeworks
2013 Kolumpo Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Antologi RM299 ribu Produksi utama ialah Otto Films
2016 BoBoiBoy: The Movie Nizam Razak Animasi, Aksi, Komedi, Adiwira RM15.8 juta Produksi utama ialah Animonsta Studios manakala Grand Brilliance dan DNA Studios dilantik sebagai pengedar bersama dengan Primeworks
2018 Blok 404 Azma Aizal Yusoof Seram, Misteri, Thriller RM220 ribu Produksi utama ialah DBI Entertainment manakala Empire Film Solutions dilantik sebagai pengedar bersama dengan Primeworks
Wheely Datuk Yusry Abdul Halim Animasi RM6.7 juta Produksi utama ialah KRU Studios dan Kartun Studios dilantik sebagai pengedar bersama dengan Primeworks
One Two Jaga Namron Drama, Jenayah RM500 ribu Produksi utama ialah Jazzy Pictures, KL Post Sdn. Bhd. dan Pixel Play manakala TGV Pictures dilantik sebagai pengedar bersama dengan Primeworks
2019 Dendam Pontianak Glen Goei dan Gavin Yap Seram, Romantik Produksi utama ialah Tiger Tiger Pictures dan 13 Littlle Pictures manakala Golden Village Pictures dilantik sebagai pengedar bersama dengan Primeworks
2023 Kau Pilih Siapa? Dato' Athy dan Saifullah Khaisas Komedi RM6 ribu Produksi utama ialah AT Movies
Sumpahan Jerunei Jason Chong Seram RM1.57 juta Produksi utama ialah Produksi Seni 2020 manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar bersama dengan Primeworks
Walid Areel Abu Bakar Aksi, Thriller RM257 ribu Produksi utama ialah Layar Pictures manakala Empire Film Solutions dilantik sebagai pengedar bersama dengan Primeworks
Pagari Bulan Raja Mukhriz Drama, Sejarah RM92 ribu Produksi utama ialah Eleven Field Creative manakala Metrowealth Pictures dilantik sebagai pengedar bersama dengan Primeworks
2024 Geng Kubur Gavin Yap Seram Produksi utama ialah Iron Hill Media
2025 Bisikan Dosa Faizul A. Rashid Seram Produksi utama ialah Yusrych Global
Qifarah Ghaz Abu Bakar Seram Produksi utama ialah Skop Productions dan My Way Pictures manakala Astro Shaw dilantik sebagai pengedar bersama dengan Primeworks
Tahun Tajuk Pengarah Genre Edaran bersama Sumber
2017 Pokémon the Movie: I Choose You! Kunihkko Yuyama & Lisa Ortiz Animasi, Aksi, Pengembaraan, Keluarga, Fantasi Animonsta Studios
2023 Operation Fortune: Ruse de Guerre Guy Ritchie Aksi, Komedi, Thriller TGV Pictures [6]
Hypnotic Robert Rodriguez Aksi, Misteri, Thriller GSC Movies [7]
Tahun Tajuk Pengarah Genre Sumber
2019 Kingdom Shinsuke Sato Aksi, Sejarah, Perang [8]

Indonesia

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Pengarah Genre Sumber
2016 Ada Apa dengan Cinta? 2 Riri Riza Drama, Romantik [9]
2025 Sore: Istri dari Masa Depan Yandy Laurens Drama
Rangga & Cinta Riri Riza Romantik

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Dayana, Azzam, Arill dalam Drama Misteri Rumah Tua". Budiey Channel (dalam bahasa Inggeris). 2010-02-17. Dicapai pada 2025-07-17.
  2. ^ Jeeva Arulampalam (2008-09-12). "Media Prima unit to liven up content". Business Times. Dicapai pada 2008-09-21.
  3. ^ "MPB's primeworks studios gears towards international market" (dalam bahasa Inggeris). OnScreen Asia. 2008-08-18. Dicapai pada 2008-09-11.
  4. ^ "Dayana, Azzam, Arill dalam Drama Misteri Rumah Tua". Budiey Channel (dalam bahasa Inggeris). 2010-02-17. Dicapai pada 2025-07-17.
  5. ^ Farihad Shalla Mahmud (13 Disember 2021). "PWS unggul dengan 8 trofi FFM31". Berita Harian. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
  6. ^ "Operation Fortune: Ruse de Guerre (2023) - IMDb". Dicapai pada 22 Julai 2023.
  7. ^ "Hypnotic (2023) - IMDb". Dicapai pada 22 Julai 2023.
  8. ^ "Kingdom (2019) - IMDb". Dicapai pada 22 Julai 2023.
  9. ^ "What's Up with Cinta 2 - IMDb". Dicapai pada 31 Ogos 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]