Pergi ke kandungan

Rasa Sayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Rasa Sayang"
Lagu
BahasaBahasa Melayu
Tajuk bahasa MelayuRasa Sayang
DitulisDomain awam
Dilancarkannilai tidak diketahui Sunting nilai ini di Wikidata
Genre{{hlist|Lagu rakyat
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rasa Sayang (Jawi: راس سايڠ) ialah sebuah lagu rakyat dalam Bahasa Melayu yang popular di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. "Rasa Sayang" agak mirip dengan Dondang sayang dan banyak lagi lagu Melayu lain yang digubah dalam bentuk pantun, salah satu bentuk puisi tradisional Indonesia [1]. Apabila dimainkan, lagu ini dibentukkan seperti sajak atau pantun yang bersahutan. Lagu ini mempunyai banyak versi kerana liriknya boleh dibuat sendiri berdasarkan maksud dan tujuan yang ingin diajukan. Walaupun begitu, liriknya sentiasa dimulakan dengan frasa serupa seperti ini: "Rasa Sayang hey, Rasa Sayang Sayang hey, Hey lihat Nona Jauh, Rasa Sayang Sayang hey".

Teori dan Sejarah

[sunting | sunting sumber]

Lagu Rasa Sayang berasal dari Maluku Indonesia pada abad ke 15.

Bahasa Indonesia[2]

Rasa sayang, hei!,
Rasa sayang sayang hei,
Hey lihat nona jauh,
Rasa sayang sayang hei!

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan,

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga,

Dua tiga kucing berlari,
Mana sama si kucing belang,
Dua tiga boleh kucari,
Mana sama abang seorang,

Pisang emas dibawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati,

Oleh kerana lagu ini adalah dalam bentuk pantun, bagi setiap rangkapnya, dua baris pertama memberikan rima untuk dua baris akhir yang menyampaikan mesej. Terdapat banyak versi lirik "Rasa Sayang", tapi ia mesti dimulakan dengan rangkap berikut:

Rasa sayang hey

Rasa sayang-sayang hey

Hey lihat nona jauh

Rasa sayang sayang hey

Rangkap di atas akan diikut dengan pelbagai jenis pantun Indonesia yang popular.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Lagu ini juga turut ditayangkan dalam filem Insulinde, filem yang menggambarkan Indonesia tahun 1925 ketika masa penjajahan Belanda.

  • Lagu "Rasa Sayang" adalah di antara lagu latar di dalam filem dokumentari "FIVE FACES" yang diterbitkan pada tahun 1938 di Semenanjung Tanah Melayu.
  • Dalam laporan akhbar The Straits Times, 10 Mei 1958, Seorang penyanyi yang tidak dinyatakan namanya oleh pihak wartawan mengaku pernah menyanyikan lagu "Rasa Sayang" di hadapan khalayak ramai buat pertama kali kira-kira 20 tahun yang lalu (1938).[3]
  • Pada tahun 1939, lagu "Rasa Sayang" termasuk di antara lagu-lagu yang diputarkan di Radio Pulau Pinang.[4]
  • Momo Latiff, seorang penyanyi dan pelakon Melayu merakamkan lagu "Rasa Sayang" di Singapura di antara tahun 1930-an dan 1940-an.[5]
  • Lagu Rasa Sayang dinyanyikan dalam filem hitam-putih Jepun yang diterbitkan pada tahun 1943, Marai No Tora ("Harimau Malaya").[6][7]
  • Kerajaan Hindia Timur Belanda pernah membuat rakaman promosi menggunakan lagu ini sebelum Perang Dunia II. Filem ini, berjudul Insulinde zooals het leeft en werkt, diterbitkan antara tahun 1925, menggambarkan Indonesia di jaman penjajahan Belanda dan dikelaskan sebagai filem bisu.[8] Salinan filem digital ini disebarkan melalui laman sesawang Youtube oleh pakar multimedia Roy Suryo yang mendakwa menjumpai filem digital.[9]
  • Penyanyi dan Pelakon wanita Melayu terkemuka dekat Singapura iaitu Siput Sarawak merakamkan lagu "Rasa Sayang Suami Isteri" pada tahun 1949.[10]
  • Lagu Rasa Sayang digunakan dalam Matahari (filem) diterbitkan tahun 1958 sebagai lagu latar dan lagu utama dalam rentak kawad dan lagu penutup.[11]
  • Rasa Sayang Eh merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan pada 1959.[12]
  • Lagu ini dinyanyikan dalam filem Melayu 1960, Antara Dua Darjat yang diarah oleh P. Ramlee.
  • Lagu ini pernah dinyanyikan dalam Bahasa Hindi oleh Mohd Rafi dan Lata Mengeshkar dalam filem Singapore atau Hai Pyar Ka Hi Naam Ra Sa tahun 1960 lakonan Shammi Kapoor dan Padmini.[13][14]
  • Lagu "Rasa Sayange" dirakamkan oleh PT. Lokananta, Solo, Indonesia pada 15 Ogos, 1962 pada cakera gramofon. Salinan asal disimpan oleh PT Lokananta. Ini merupakan rakaman ketiga yang diketahui mengenai lagu ini.[perlu rujukan]
  • Dalam filem Nasib Si Labu Labi (1963)" yang diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee, lagu "Rasa Sayang Hey" dinyanyikan oleh seorang pemuda ketika dalam babak berkelah di tepi pantai.[15]
  1. ^ L. F. Brakel, M. Balfas, M. Taib Bin Osman, J. Gonda, B. Rangkuti, B. Lumbera, H. Kahler (1997). Literaturen (Asian Studies). Leiden, Netherlands: Brill Academic Publishers. m/s. 135. ISBN 90-04-04331-4.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "The Rasa Sayang Song". Rasa Sayang USA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-08. Dicapai pada 2010-08-20.
  3. ^ Young thugs make 'Feeling of Love' taboo The Straits Times, 10 May 1958, Page 6
  4. ^ Pinang Gazette and Straits Chronicle, 31 July 1939, Page 12
  5. ^ Youtube - Momo Latiff Rasa Sayang (klasik 30-an-40-an)
  6. ^ Jeneral Yamashita bukan Harimau Malaya..Tetapi
  7. ^ Youtube - Marai No Tora (マライの虎)
  8. ^ Insulinde
  9. ^ Malaysian national anthem`s melody probably copy of Indonesian song: "expert"
  10. ^ Youtube Nona Sipot AKA Siput Sarawak - Rasa Sayang Suami Isteri (1949)
  11. ^ Youtube - Petikan Filem Matahari (1958)
  12. ^ Filem Malaysia. Rasa Sayang Eh Diarkibkan 2018-03-10 di Wayback Machine.
  13. ^ [http://ro89.com/go/old%20hindi%20atress/video.html[pautan mati kekal] Lagu dan video aktres lama
  14. ^ Petikan filem dalam Youtube
  15. ^ Lagu Rasa Sayang Eh Dalam Filem Nasib Si Labu Labi
  16. ^ Shuhandri Salzuan (2023-01-31), 5 Faces Of Malaya 1937 by Shuhandri Salzuan private collection video, dicapai pada 2025-05-02

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]