Pergi ke kandungan

Tebing Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kota Tebing Tinggi
Kawasan tahap II
Transkripsi bahasa daerah
 • Abjad Jawiتبيڠ تيڠڬي
 • Surat Batakᯖᯩᯅᯪᯰ ᯖᯪᯰᯎᯪ
Gerbang selamat datang
Masjid Tabiang Tinggi
Mohor rasmi Kota Tebing Tinggi
Map
Peta
Kota Tebing Tinggi yang terletak di Sumatra
Kota Tebing Tinggi
Kota Tebing Tinggi
Kota Tebing Tinggi yang terletak di Indonesia
Kota Tebing Tinggi
Kota Tebing Tinggi
Koordinat: 3°19′42″N 99°09′45″E / 3.3283°N 99.1625°E / 3.3283; 99.1625
Negara Indonesia
ProvinsiSumatera Utara
Tanggal berdiri24 November 1956[1]
Dasar hukumUU No. 17 Tahun 2024[1]
Hari jadi1 Julai 1917
Jumlah satuan pemerintahan
Senarai
  • Kecamatan: 5
  • Kelurahan: 35
Pentadbiran
 • Datuk BandarIman Irdian Saragih
 • Timbalan Datuk BandarChairil Mukmin Tambunan
Keluasan
 • Jumlah38.44 km2 (14.84 batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah182,226
 • Kepadatan4,700/km2 (12,000/batu persegi)
Demografi
 • Agama
  • 80.08% Islam
  • 6.39% Buddha
  • 0.13% Hindu
  • 0.03% Konghucu[3]
 • BahasaIndonesia (resmi), Melayu (Melayu Serdang), Batak, Tionghoa (Hokkien), Jawa
 • IPM 78.68 (2024)
 tinggi [4]
Zon waktuUTC+07:00 (WIB)
Pelat kendaraanBK
APBDRp 723.910.000.000,- (2024)[5]
PADRp 117.820.000.000,- (2024)[5]
DAURp 425.030.704.000,- (2024)[6]
DAKRp 99.353.647.000,- (2024)[7]
Laman sesawangtebingtinggikota.go.id

Tebing Tinggi merupakan sebuah kota di Sumatera Utara, Indonesia. Berjarak sekitar 80 kilometer dari Medan, ia terletak di Jalan Nasional menuju Pematang Siantar (Sumatera Utara) dan Tanjung Balai (Sumatera Utara).

Tebing Tinggi dengan luas wilayah 3,843.8 hektar (38.4 km persegi) dibahagikan bagi pentadbiran menjadi tiga kecamatan dengan 27 kelurahan. Kota ini mengandungi 125,000 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum pendatang.

Tebing Tinggi telah memiliki pelbagai sarana dan prasarana kota yang selama ini difungsikan untuk melayani masyarakat. Pelbagai kegiatan pelayanan umum dibidang pendidikan, kesihatan, perniagaan, pemukiman dan penyediaan jasa-jasa lainnya masih memberikan peluang kepada dunia usaha dan masyarakat untuk melakukan pelaburan sesuai dengan pertumbuhan kota.

Tebing Tinggi terletak di antara 3º19` - 3º21` lintang utara dan 98º9` - 98º11` bujur timur. Kota ini dikelilingi oleh beberapa perkebunan besar, baik milik pemerintah mahupun swasta yang kesemuanya secara pentadbiran masih berada dalam kawasan Kecamatan Tebing Tinggi, Kabupaten Deli Serdang.

Selain itu, Tebing Tinggi terletak di jalan penghubung antara Pantai Barat dan Pantai Timur Sumatera Utara. Daerah ini dilintasi oleh empat aliran sungai besar dan kecil, iaitu: Sungai Padang, Sungai Bahilang, Sungai Kalembah dan Sungai Sibarau.

Tanah Tebing Tinggi pada umumnya mendatar dan bergelombang, dengan ketinggian sekitar 26-34 meter di atas permukaan laut.

Berdasarkan letak geografi, Tebing Tinggi beriklim tropika dengan suhu udara antara 24-28ºC. Daerah Tebing Tinggi dipengaruhi oleh dua musim, iaitu musim kemarau dan musim hujan, dengan jumlah curah hujan sepanjang tahun rata-rata 1.217 mm setahun dengan kelembaban udara 80-90%.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "Undang-Undang Nomor 17 Tahun 2024 tentang Kota Tebing Tinggi di Provinsi Sumatera Utara" (PDF). Lembaran Negara Republik Indonesia. 2024-07-02. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2024-07-15. Dicapai pada 2024-07-15.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama DUKCAPIL
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama TEBINGTINGGI
  4. ^ "Indeks Pembangunan Manusia (Umur Harapan Hidup Hasil Long Form SP2020), 2023-2024". www.bps.go.id. Badan Pusat Statistik. Dicapai pada 23 November 2024.
  5. ^ a b "Postur APBD Kota Tebing Tinggi Tahun 2024". djpk.kemenkeu.go.id. (2024). Dicapai pada 23 November 2024. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ "Rincian Dana Transfer Umum T.A 2024 Menurut Provinsi/Kabupaten/Kota" (PDF). www.djpk.kemenkeu.go.id. (2024). Dicapai pada 23 November 2024. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ "Buku Alokasi dan Rangkuman Kebijakan Transfer Ke Daerah T.A 2024 Provinsi Sumatera Utara". djpk.kemenkeu.go.id. (2024). m/s. II-41. Dicapai pada 23 November 2024. Check date values in: |date= (bantuan)