Wikipedia:Sunting kopi
Penampilan
(Dilencongkan daripada Wikipedia:SUNTINGKOPI)
![]() | Ini merupakan laman bantuan bagi panduan bagaimana di Wikipedia Bahasa Melayu. Laman ini menjelaskan proses atau tatacara bagi beberapa aspek norma dan amalan di Wikipedia. Laman ini bukanlah salah satu daripada dasar dan garis panduan di Wikipedia dan mungkin mencerminkan pelbagai tahap sepersetujuan dan pemeriksaan. |
Tiba-tiba terserempak dengan teg sunting kopi pada sesuatu laman itu mungkin akan mengejutkan pengunjung baharu ke Wikipedia Bahasa Melayu, tetapi inilah hakikat Wikipedia sebagai sebuah "ensiklopedia yang sesiapa sahaja boleh sunting" yang jauh daripada kesempurnaannya. Beribu-ribu rencana memerlukan penambahbaikan ringkas setakat mana yang anda boleh buat tanpa perlu jadi pakar dalam subjek khusus. Suntingan kopi melibatkan "lima T": menjadikan sesebuah rencana itu lebih terang,[maksud 1] tepat,[maksud 2] teringkas,[maksud 3] terselami,[maksud 4] dan tekal.[maksud 5][1] Berikut merupakan panduan untuk para penyunting kopi baharu.
Bagaimana melakukan sunting kopi yang asas
[sunting sumber]Untuk bantuan umum berkenaan penyuntingan, lihat Wikipedia:Bagaimana menyunting laman.
- Langkah 1
- Imbas rencana untuk sebarang ralat atau cara ia boleh diperbaiki. Seluruh rencana, atau bahagian-bahagian tertentu, akan ditandakan sebagai memerlukan sunting kopi. Kesalahan tatabahasa, ejaan dan penyusunan amat perlu diberikan perhatian.
- Langkah 2
- Menyunting halaman dengan mengklik tab "Sunting/Sunting sumber" di bahagian atas atau salah satu bahagian pautan [Sunting] atau [Sunting sumber].
- Langkah 3
- Buat perubahan anda dan mengisi ringkasan suntingan. Baik bagi anda menggambarkan perubahan anda sebagai "sunting kopi", atau menyingkatkan perkataan itu bagaimanapun anda suka.
- Langkah 4
- Pralihat perubahan dan simpan.
- Langkah 5 (pilihan)
- Jika anda fikir rencana ini tidak memerlukan sunting kopi lebih asas, dipersilakan menyunting lagi dan mengeluarkan templat di bahagian atas rencana itu yang memberi tanda bahawa ia memerlukan pembaikan. Ia biasanya ialah penanda yang kelihatan seperti:
{{copy edit}}
bersama tarikh dalam kurungan.
Nota kaki
[sunting sumber]Rujukan
[sunting sumber]- ^ Julia Armstrong, "Copyediting and proofreading", University of Toronto, p. 2.